Jangan ambil bahagian UMNO - Tok Mat - Utusan Malaysia

Jangan ambil bahagian UMNO – Tok Mat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya tidak mengganggu dan menuntut kerusi-kerusi yang sememangnya merupakan milik UMNO dalam perundingan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Bersatu sepatutnya bertanding di kerusi lain yang kini dimenangi parti lawan seperti Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR selain 13 kerusi yang sedia dimiliki parti itu.

Jelasnya, tindakan menuntut kerusi milik UMNO seperti cuba melemahkan UMNO.

“Selaku Timbalan Presiden UMNO, saya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

“Bersatu, mengapa nak mengacau UMNO punya rumah tangga? Mengapa nak berkubang dalam kubang kita? Berkubanglah dalam kubang PAN (Amanah), kubang PKR, bahagian di sana lebih besar, amalkan strategi lautan biru di sana kerana di sini sudah lautan merah, sudah penuh dengan UMNO dan Pas dalam ini.

“Nak datang pula lagi seorang (Bersatu) untuk ambil bahagian (market share) kita, tentulah orang UMNO tak suka, ditambah pula ada gerakan-gerakan dibuat untuk melemahkan UMNO, sudah tentu UMNO tidak selesa,” katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi bagi UMNO berkata demikian dalam Program Bual Bicara Eksklusif Bersama Timbalan Presiden UMNO yang disiarkan secara langsung dalam laman Facebook Studio UN9.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor menjadi moderator dalam bual bicara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya