Jam tangan tiruan bernilai RM100,000 dirampas - Utusan Malaysia

Jam tangan tiruan bernilai RM100,000 dirampas

MUHAMMAD Zikril Azan Abdullah (kiri) memeriksa jam tangan tiruan ketika serbuan Op Tiru di Taman Koperasi Polis, Gombak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 500 jam tangan tiruan pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Koperasi Polis, Gombak hari ini.

Serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam selama dua minggu dengan kerjasama wakil pemilik hak cap dagang.

Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, jam tangan jenama Casio dan G-Shock itu ditemukan dalam sebuah bilik yang dijadikan stor.

Jelasnya, penguat kuasa turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mengaku sebagai pemilik barangan tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati suspek telah menjalankan urus niaga barangan berkenaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Suspek turut memaklumkan jam tangan berkenaan dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM200 mengikut gred dan kualiti. Barangan berkenaan diperoleh daripada orang tengah melalui penghantaran kurier ke rumah terbabit dengan kos sekitar RM30 hingga RM100.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya.

Tambah Muhammad Zikril Azan, KPDNHEP akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan mana-mana individu mahupun syarikat yang masih menjalankan perniagaan barangan tiruan akan dikenakan tindakan tegas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya