Jalan di Pasir Gudang berlubang, rosak sampai bila?

Jalan di Pasir Gudang berlubang, rosak sampai bila?

KEADAAN jalan raya yang rosak dan berlubang di sekitar Pasir Gudang sehingga menimnbulkan risiko kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal di Pasir Gudang, Johor. - FOTO/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri diminta untuk menaik taraf jalan-jalan utama di sekitar Pasir Gudang bagi menyelesaikan isu jalan berlubang yang kerap berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. 

Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Noor Azleen Ambros berkata, isu jalan berlubang tersebut bagaikan tiada kesudahan dan pihak MBPG menerima lebih 200 aduan berkenaan kerosakan infrastruktur itu pada tahun lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri disarankan mempertimbangkan pembinaan jalan raya berasaskan konkrit dan simen agar ia lebih berdaya maju bagi pelan jangka panjang terutamanya di kawasan berisiko.

Katanya, perkara itu perlu dipertimbangkan memandangkan Pasir Gudang merupakan kawasan industri yang menyaksikan penggunaan kenderaan berat amat tinggi saban hari.

“Pembinaan jalan tar yang menggunakan batu asphalt dan bitumen bagi kawasan perindustrian seperti ini dilihat tidak sesuai dan mudah rosak menyebabkan kerja penyelenggaraan menelan kos yang tinggi.

“Kami sarankan pihak kerajaan lihat dahulu daya maju penggunaan teknologi konkrit dan simen bagi tujuan penggunaan jalan. Kosnya mahal tapi boleh tahan dalam tempoh yang panjang dan ia bebas daripada kos penyelenggaraan,” katanya ketika turun padang melihat jalan raya di beberapa lokasi di sini hari ini.

Kata Noor Azleen, hasil tinjauan yang dibuat mendapati jalan raya di kawasan berkenaan berada dalam kawasan yang tidak memuaskan. 

Justeru itu, kerajaan negeri juga dicadangkan untuk menghidupkan semula jajaran kereta api di Pasir Gudang ke kawasan perindustrian di Kempas bagi tujuan penghantaran kargo.

Ujarnya, kaedah tersebut secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan kenderaan berat di atas jalan raya sekali gus mengurangkan kerosakan pada jalan raya.

“Bagi langkah jangka pendek pula, kerajaan negeri disarankan melihat semula lantikan kontraktor yang bertanggungjawab bagi membaik pulih jalan ini berdasarkan hasil mutu dan kualiti kerja mereka. 

“Ini kerana ada jalan yang baru ditampal dan diselenggarakan kembali rosak semula dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas dibaik pulih. Ini adalah satu kerugian kerana kita tetap perlu membayar mereka dan jalan itu pula perlu dibaiki sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga perlu mengkaji penggunaan kenderaan berat di kawasan terbabit dengan mengehadkan jumlah kenderaan pada waktu puncak bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memberikan keselesaan buat pengguna jalan raya yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya