Jakoa agih bakul makanan untuk Orang Asli - Utusan Malaysia

Jakoa agih bakul makanan untuk Orang Asli

MUHAMAD Yusrizal Ghani (tengah) bersama bakul makanan yang diagihkan kepada mangsa banjir Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengagihkan sebanyak 500 bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli di lima kampung di sekitar jajahan ini yang terjejas akibat bencana banjir.

Pegawai Jakoa daerah, Muhamad Yusrizal Ghani berkata, penerima terdiri daripada 92 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Pasir Linggi, Kuala Koh (53 KIR), Kampung Aring 5 (76 KIR), Kampung Bawek (10 KIR) dan Kampung Sungai Tako (6 KIR).

“Penduduk Orang Asli di kampung terbabit kerap terputus hubungan apabila jambatan dan jalan ditenggelami banjir.

“Selepas berlaku kejadian banjir, mereka sukar untuk keluar bagi membeli barang keperluan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pasir Linggi, di sini hari ini.

Bantuan bakul makanan kepada penduduk Orang Asli itu sebelum ini turut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin. 

Menurut Muhamad Yusrizal, daripada baki itu sebanyak 263 bakul makanan lagi akan diagihkan kepada penduduk Orang Asli termasuklah di Pos Gob dan Kuala Koh.

Katanya, bekalan makanan harian yang dihantar itu seperti beras, gula, tepung gandum, telur, gula, serbuk teh dan beras. 

“Kita juga akan memantau keseluruhan kampung Orang Asli yang terjejas banjir untuk dihantar bantuan makanan dengan segera. 

“Penduduk Orang Asli tidak perlu bimbang kerana kita sudah mengatur program penyampaian bantuan makanan itu setiap kali selepas banjir surut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN