SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan perkhidmatan secara bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
JAIS dalam kenyataannya memaklumkan, sepanjang tempoh tersebut kesemua perkhidmatan akan dilaksana secara dalam talian.
“Orang ramai yang hendak berurusan dengan JAIS dikehendaki menghubungi talian 03-55143600 atau 03-55143400 setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.
“Pihak JAIS boleh juga dihubungi melalui alamat email [email protected],” jelas kenyataan itu.
Menurut JAIS, untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman sesawang www.jais.gov.my, Facebook JAIS atas nama akaun JabatanAgamaIslamSelangor, Instagramnya, jabatan.agama.islam.selangor dan di Twitter, @JAISelangor.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan melaksanakan PKP di enam buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula pukul 12.01 tengah malam ini hingga 26 Januari ini. – UTUSAN ONLINE