'Jaga tepi kain orang' elak rasuah perkhidmatan awam parah - Utusan Malaysia

‘Jaga tepi kain orang’ elak rasuah perkhidmatan awam parah

MOHD. KHARUL ADIB ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ambil tahu perubahan sikap kakitangan yang terlibat dalam gejala rasuah atau salah guna kuasa sebelum keadaan menjadi parah.

Demikian ingata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman kepada penjawat awam menerusi Amanat Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara maya di sini hari ini.

Beliau dalam nada nasihat turut meminta lebih 1.6 juta penjawat awam agar tidak lagi mengamalkan sikap mengelak mahu mengambil peduli perangai buruk rakan sejawatan mereka.

“Kita tidak boleh amal sikap jangan jaga tepi kain orang, malah kita kena perhatikan sekeliling jiran kita, jika rosak, maka rosaklah kita dan akhirnya jadi barah sukar dikawal,” katanya.

Beliau merujuk banyak kes rasuah yang turut menggemparkan negara dan dilaporkan secara meluas media sepanjang tahun lepas sehingga mencalar imej perkhidmatan awam dan dipandang negatif.

Ini termasuk isu kad pengenalan kepada warga asing oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan skandal staf Jabatan Imigresen hidup mewah kerana melepaskan pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini.

Akhir tahun itu pula katanya, rakyat dikejutkan pula kes kartel daging berlogo halal palsu yang lebih hangat daripada isu kepenatan petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang Covid-19.

Meskipun beliau menyifatkan mereka sebagai golongan minoriti berbanding majoriti yang masih teguh berpegang kepada prinsip amanah, namun kes segelintir itu ibarat arang yang mencalar muka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya