'Ingat, seorang hanya boleh beli sebungkus roti putih' - Utusan Malaysia

‘Ingat, seorang hanya boleh beli sebungkus roti putih’

ISMAIL Othman (tengah) bersama-sama Norena Jaafar (kiri) meninjau keadaan Pasaraya Mydin MITC di Ayer Keroh, Melaka. -UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelanggan di negeri ini hanya dibenarkan membeli sebungkus roti putih bagi setiap jenama yang dijual di kedai runcit mahupun pasar raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, keputusan itu merupakan inisiatif yang diambil bagi memastikan bekalan roti putih sentiasa mencukupi.

“Pada PKP sebelum ini, kita telah melihat situasi di mana pengguna telah membeli roti putih serta barangan keperluan harian lain secara panik dan berlebihan menyebabkan stok produk berkenaan habis di pasaran.

“Jadi, kita terpaksa mengehadkan pembelian hanya satu bungkus roti bagi setiap jenama untuk memastikan keperluan makanan ini mencukupi untuk semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman meninjau Pasaraya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Norena memberitahu, pengguna tidak perlu bimbang mengenai bekalan makanan itu kerana stok roti putih tersebut masih banyak mengikut setiap jenama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya