Ibu bersama bayi lima bulan maut kereta langgar pokok

Ibu, bayi 5 bulan maut kereta langgar pokok

ANGGOTA polis dan bomba mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ayer Hitam - Simpang Renggam, Kluang, Johor malam tadi. - FOTO/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Ibu dan bayi perempuannya maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Ayer Hitam – Simpang Renggam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.56 malam itu, mangsa yang maut ialah B. M. Nagaranjini, 25, manakala bayinya yang berusia lima bulan belum diketahui identitinya.

Manakala, pemandu kereta, B. M. Guna, 40, bersama seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun turut mengalami kecederaan dalam kemalangan terbabit.

Komander Operasi, PBK II KUP Ismail Mamat berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian bergegas mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam kenderaan tersebut.

“Akibat rempuhan itu, mangsa wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dibawa keluar oleh anggota, manakala bayi terbabit dipercayai tercampak keluar dari kereta tersebut.

“Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 12.04 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya