Hubungan UMNO-Bersatu tidak dibincang - Utusan Malaysia

Hubungan UMNO-Bersatu tidak dibincang

DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas tidak menyentuh soal ketidakjelasan hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ketika ini, parti itu masih berpendirian untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) pada masa sama mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

“Itu daripada awal lagi. Masih konsisten. Kita tiada bincang (berkenaan UMNO dan Pas) dalam mesyuarat hari ini.

“Kita hanya mesyuarat biasa sahaja yang berlangsung setiap bulan,” katanya kepada pemberita semasa mesyuarat parti itu masih berlangsung di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Terdahulu, sumber daripada ketua-ketua bahagian mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sejumlah 189 daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 143 daripada 191 bahagian parti (74.8 peratus) enggan bekerjasama.

PN merupakan ikatan longgar diterajui Bersatu yang mentadbir kerajaan Persekutuan bersama-sama UMNO-BN, Pas dan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pas pada masa sama memeterai kerjasama dengan UMNO menerusi MN bagi menghadapi PRU-15 bagaimanapun, Pas dilihat cenderung berpihak PN terutama setelah parti itu dilantik sebagai salah satu Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN baru-baru ini.

Ini sekaligus meletakkan Pas berada dalam keadaan dilema sama ada memilih PN, UMNO atau kedua-duanya.

Ketika ditanya berkenaan persengketaan antara UMNO dan Bersatu serta pendirian Pas dalam memilih antara kedua-dua parti itu, katanya, ia sama sekali tidak dibangkitkan.

“Itu urusan dalaman merekalah. Kita teruskan pertemuan biasa.

“Tidak timbul isu sama ada memilih UMNO atau Bersatu. Seperti saya kata tadi, itu (pendirian) adalah garis tanda yang digunakan oleh Presiden untuk memperkasakan PN dan MN,” katanya yang merujuk kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya