Hospital Melaka penuh, pesakit baru Covid-19 dihantar ke PKRC MAEPS - Utusan Malaysia

Hospital Melaka penuh, pesakit baru Covid-19 dihantar ke PKRC MAEPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Semua pesakit baharu yang didapati positif Covid-19 di negeri ini akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor, bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia susulan kapasiti di Hospital Melaka telah penuh untuk menampung pesakit baharu, sejak semalam.

Katanya, setakat hari ini, seramai 12 pesakit telah dihantar di hantar ke PKRC MAEPS bagi mendapatkan rawatan.

“Untuk hari ini kita sudah menghantar 12 pesakit ke PKRC MAEPS yang terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita.

“Ia berikutan kapasiti Hospital Melaka telah penuh sejak semalam dan tidak mampu lagi menampung pesakit baharu Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan itu dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa penyelaras PKRC negeri yang diadakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Keselamatan Negeri Melaka dan Jabatan Pertahanan Awam, semalam.

Jelasnya, kesemua pesakit Covid-19 yang dihantar ke PKRC MAEPS hanya melibatkan orang awam dan bukannya warga asing atau tahanan di Pusat Koreksional Jasin.

Semalam negeri ini mencatatkan 70 kes baharu Covid-19 dengan 400 pesakit kini dirawat di Hospital Melaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya