Henti buat spekulasi kematian Dr. Ali Noor - Noor Hisham - Utusan Malaysia

Henti buat spekulasi kematian Dr. Ali Noor – Noor Hisham

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi berhubung kes kematian Dr. Ali Noor Hassan yang meninggal dunia malam kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sebagai menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham, maka sebaiknya sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah.

Menurut beliau, ujian Covid-19 yang dilaksanakan ke atas Allahyarham Ali Noor adalah negatif.

Beliau berkata, arwah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember tahun lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

“Beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian beliau. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam satu hantaran Facebook dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) semalam memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr. Ali Noor melalui akaun Facebook miliknya.

SPJM turut berkongsi gambar terakhir Dr. Ali Noor yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan menangani Covid-19.

SPJM mendakwa bahawa beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali Noor dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr. Ali Noor akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” memetik hantaran Facebook itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya