Helikopter terhempas dalam latihan penerbangan - Utusan Malaysia

Helikopter terhempas dalam latihan penerbangan

Shamsul Amar Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Helikopter yang terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pagi tadi dipercayai sedang membuat latihan penerbangan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika membuat latihan ‘hovering’ di kawasan tanah lapang berdekatan PKFZ, juruterbang telah hilang kawalan.

“Ini mengakibatkan helikopter tersebut terhempas dari ketinggian kira-kira empat meter. 

“Keadaan helikopter terbalik dan bahagian ekor pula tercabut dan tercampak lebih kurang 20 meter daripada badan helikopter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, helikopter persendirian jenis Robinson R66 Turbine itu dimiliki oleh sebuah syarikat di Subang.

“Kedua-dua mangsa hanya mendapat kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Siasatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Terdahulu, dua individu cedera dalam insiden helikopter terhempas di kawasan PKFZ Pulau Indah, pagi tadi.

Mangsa iaitu juruterbang, Khairudin Dahlan, 72, cedera di tangan kiri sementara pembantunya, Moithu Kutti Mohamad,52, hanya mengalami luka kecil. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya