PUTRAJAYA: Hari pertama tahun 2021, Malaysia terus merekodkan kes harian baharu Covid-19 sebanyak 2,068 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 115,078 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 23,433 kes.
Manakala, bilangan kes sembuh adalah sebanyak 2,230 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada adalah sebanyak 91,171 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pula melaporkan kes harian tertinggi iaitu 776 kes diikuti Kuala Lumpur, 457 kes dan Sabah, 254 kes.
“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tiga kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE