PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal pada harga RM1.90 seliter dan RM2.20 seliter bagi tempoh esok sehingga 5 Februari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit diesel bagaimanapun turun dua sen kepada RM2.07 berbanding RM2.09 seliter sebelum ini.
“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE