Haramkan terjunan BASE - Utusan Malaysia

Haramkan terjunan BASE

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggesa kerajaan mengharamkan aktiviti terjunan Building, Antenna, Span, Earth (BASE) di negara ini.

Kamaruddin Abdullah yang juga bekas Komander Pasukan Khas Udara (PASKAU) malahan menyifatkan kegiatan itu sebagai amat berisiko tinggi meskipun oleh individu yang terlatih.

“Bagi saya, sudah tiba masanya terjunan BASE sempena rai perayaan atau festival tertentu diharamkan kerana ia berisiko besar walaupun oleh si penerjun yang amat mahir,” katanya.

Beliau menulis hantaran itu menerusi ruangan komen netizen sebagai mengulas isu peserta Kelab BASE Ababil, Azuan Tarudin yang maut ketika sesi latihan di sini pada petang Jumaat lalu.

Insiden berlaku ketika mangsa sebagai peserta terakhir hilang kawalan selepas terjun dari puncak bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Presint 4.

Allahyarham yang berusia 49 tahun dan menetap di Kajang, Selangor, terlibat dalam persiapan pertunjukan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada 1 Februari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruddin menyentuh terjunan BASE adalah berbahaya di sebalik peserta itu ada pengalaman dan kemahiran tinggi kecuali di tempat khas yang dianggap selamat.

“Jika hendak buat, silakan terjun dari atas jambatan, menara pemancar, lurah, tebing curam tetapi jauh daripada kehadiran awam,” katanya yang berpengalaman luas dalam aktiviti ekstrem.

Langkah itu ujar beliau, bagi mengelak persepsi negatif masyarakat jika disaksikan ramai penonton yang tentunya mencalarkan imej terjunan BASE apabila berlaku kemalangan ngeri.

Kelazimannya, banyak negara sudah haram kegiatan terjunan berbahaya itu, bahkan tidak dianggap sebagai sukan seperti ‘skydiving’ yang lebih selamat dan disifatkan kurang berisiko.

Graduan kem lasak tentera di Fort Benning, Amerika Syarikat (AS) itu memberi contoh negara itu sendiri larang terjunan BASE kecuali di beberapa lokasi dengan permit pihak berkuasa.

“Saya pun berasa hairan kerana hanya Malaysia dan beberapa negara sahaja masih izin,” kata lepasan beret hijau dari kem tentera operasi khas terbesar dunia, Fort Bregg di AS itu.

Padahal jelas Kamaruddin, AS ialah negara paling ramai penggiat terjunan BASE dan hasil semakan beliau mendapati, aktiviti riadah itu juga paling banyak catat kes kematian di dunia.

Ini termasuk kajian saintis Universiti Oxford di Britain mendapati nisbah maut ialah 1:2,317 atau kadar 43.17 daripada 100,000 populasi iaitu jauh lebih besar berbanding sukan renang.

Rekreasi akuatik itu hanya rekod angka kematian nisbah 1:55,587 atau kadar 1.77 daripada 100,000 populasi, manakala berbasikal pula 1:92,325 atau 1.08 daripada 100,000 populasi.

Data itu turut disokong penyelidikan banyak pihak yang merujuk spesifikasi peralatan terjunan BASE tanpa ada payung simpanan sebagai antara punca risiko besar ditanggung peserta.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya