Hanya 3 kg minyak bagi satu transaksi belian - Utusan Malaysia

Hanya 3 kg minyak bagi satu transaksi belian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan supaya setiap pelanggan dibenarkan membeli hanya tiga bungkusan minyak masak pek satu kilogram (kg) bagi setiap transaksi, berkuat kuasa semalam.

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, kementerian mengarahkan penjual runcit supaya mengehadkan pembelian minyak masak berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kestabilan bekalan minyak masak berkenaan khususnya dalam cabaran situasi pandemik Covid-19 ini.

“Kerajaan komited dalam memastikan kestabilan bekalan minyak masak itu bagi kegunaan isi rumah dengan harga yang ditetapkan iaitu RM2.50 sekilogram.

“Minyak masak dalam bungkusan sekilogram adalah barangan kawalan yang diberikan subsidi di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya berharap ketetapan itu dapat memastikan lebih ramai pengguna berpeluang memperoleh bekalan minyak masak yang diberikan subsidi kerajaan.

Azman berkata, pihaknya juga mengingatkan kepada penjual runcit bahawa kebenaran itu adalah terpakai kepada minyak masak pek bungkusan sekilogram sahaja dan perlu dijual dengan harga RM2.50 sekilogram.

Menurutnya, tiada had pembelian perlu dikenakan ke atas minyak masak bukan dalam pek bungkusan tersebut.

“Pada masa yang sama, kementerian kekal konsisten mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran di negara ini bagi memastikan rangkaian pengedaran pemborongan dan peruncitan tidak terjejas sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat bahawa bekalan barangan keperluan asas dan penjagaan diri mencukupi di pasaran.

“Arahan ini juga memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan memanipulasi harga dan bekalan minyak masak semasa pandemik Covid-19,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya