KUALA LUMPUR: Pertemuan bagi membincangkan kedudukan UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) telah diadakan petang tadi.
Perbincangan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diadakan secara tertutup di di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Difahamkan , pertemuan dua pemimpin ini juga diadakan selepas timbul usul lebih 140 daripada 191 bahagian UMNO yang selesai bersidang Ahad lalu yang dikatakan menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah, ketua bahagian telah mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid pagi tadi bagi membincangkan mengenai perkara itu.-UTUSAN ONLINE