Guru, pensyarah pulang ke Sabah, Sarawak wajib ujian saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Guru, pensyarah pulang ke Sabah, Sarawak wajib ujian saringan Covid-19

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua guru atau pensyarah serta keluarga yang akan kembali  bertugas ke Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum pulang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi golongan itu yang pulang ke Sarawak juga perlu membuat saringan sama ada sebelum pulang atau sewaktu tiba di pintu masuk  Sarawak.

Menurut beliau, kos ujian saringan itu akan  ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, selain melakukan ujian saringan,  bagi yang pulang ke Sarawak juga  perlu menjalani  kuarantin sejurus tiba di negeri itu sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. 

“Semua  kos kuarantin akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 119,940 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 melibatkan  4,458 majikan sejak arahan pelaksanaan ujian itu bermula 1 Disember tahun lalu di enam negeri. 

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,574 disahkan positif Covid-19 manakala 117,366 lagi adalah negatif.

 Beliau memberitahu, sebanyak 783 klinik terlibat  dengan program saringan ini. 

“Kerajaan menguatkuasakan arahan ini bermula 1  Januari lalu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan  Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, sejak 20 April tahun lalu, sebanyak 14,212 jumlah pemeriksaan dilakukan oleh anggota  penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  Malaysia (CIDB) melibatkan 8,063 tapak binaan di  seluruh negara.  

Menurut beliau, sebanyak 19 tapak binaan diarahkan tutup kerana tidak  patuh prosedur operasi standard (SOP). 

“Semalam, anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan di 18 tapak binaan seluruh negara dan  kesemua tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya