Golongan yang paling terkesan PKP di Terengganu bakal dibantu  - Utusan Malaysia

Golongan yang paling terkesan PKP di Terengganu bakal dibantu 

AHMAD Samsuri Mokhtar (tiga kiri) dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman menyaksikan anggota Jabatan Amal Malaysia menderma darah di dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mengenal pasti golongan yang paling terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini untuk dibantu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk mengurangkan kesengsaraan dan bebanan golongan tersebut.

“Kita akan meneliti golongan yang paling terkesan untuk diberikan apa-apa bantuan yang bersesuaian. 

“Pada peringkat ini, kita minta mereka menghubungi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing dan kita akan menilai kes-kes tersebut bagi dibantu,” katanya kepada pemberita selepas Program Menderma Darah Mega Amal di dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini hari ini.

Yang hadir sama isterinya, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri yakin jumlah kes Covid-19 yang mencatatkan trend peningkatan di negeri ini dapat diturunkan selepas tempoh PKP berakhir pada 4 Februari depan.

Katanya, kenaikan kes itu sudah dijangka dari awal susulan aktiviti rentas negeri baru-baru ini.

“Saya percaya usaha sedang dibuat dengan begitu serius di peringkat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengawal pandemik daripada terus meningkat, walaupun tidak mudah dicapai tetapi kita komited dan InsyaAllah selepas dua minggu ini kita akan lihat penurunan kes,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya