Gadis bonceng motosikal bersama bapa maut dirempuh kereta 

Gadis bonceng motosikal bersama bapa maut dirempuh kereta 

ANGGOTA pasukan keselamatan melihat mayat seorang gadis yang terkorban dalam kemalangan bersama bapanya di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang gadis yang membonceng motosikal bersama bapanya maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Teluk Kumbar, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Nooraslinda Musa, 26, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala manakala ayahnya yang cedera dikejarkan ke Hospital Balik Pulau (HBP). 

Difahamkan, dua beranak itu dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari Teluk Kumbar sebelum motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Avanza dari arah belakang. 

Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 52 tahun pula dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 9.55 pagi dan tiba ke lokasi kejadian kurang 15 minit kemudian. 

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kita mendapati penunggang motosikal terbabit berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan. 

“Pihak Kementerian Kesihatan yang berada di situ telah mengesahkan kematian mangsa di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Zaiful memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya