Fokus kehendak, keperluan rakyat - Shamsul Anuar - Utusan Malaysia

Fokus kehendak, keperluan rakyat – Shamsul Anuar

SHAMSUL Anuar (dua dari kanan) melihat penemuan geologi semasa Lawatan Kerja ke Aspiring Perlis Geopark di Geopark Bukit Jernih di sini hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Rakyat memerlukan perhatian dan pembelaan di saat pelbagai cabaran yang sedang mereka hadapi khususnya ketika pandemik Covid-19 semakin serius.

Justeru, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, sebagai pemimpin dan ahli politik, kehendak serta keperluan rakyat perlu difahami dan diberikan keutamaan.

Katanya, UMNO dan BN dikhuatiri menjadi tidak popular sekiranya tidak memahami kehendak rakyat.

“UMNO BN mesti fokus ketika ini. Kekuatan dan kepentingan parti mesti diletakkan keutamaan. 

“Saya percaya jika kita bersama, dekat dan memahami serta menunaikan apa yang rakyat inginkan, rakyat akan sentiasa bersama dan menyokong kita,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas situasi politik ketika ini.

Sementara itu, Shamsul Anuar yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyeru semua pemimpin agar bekerja keras untuk rakyat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya