Felda: Jangan jual tanah - Utusan Malaysia

Felda: Jangan jual tanah

RASMAN Ithnain (tiga dari kanan) menyampaikan geran hak milik lot tanah generasi kedua kepada salah seorang penerima di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Peneroka Felda khususnya di negeri ini yang baharu menerima geran hak milik lot tanah mereka dinasihatkan untuk tidak menjual tanah yang diperoleh sebaliknya membangunkan aset tersebut seperti membina kediaman untuk keluarga mereka.

Ahli Lembaga Pengarah Felda, Rasman Ithnain berkata, tanah yang diperoleh itu merupakan harta yang boleh ditinggalkan kepada anak dan cucu mereka pada masa depan.

“Jagalah tanah itu dengan sebaiknya dan jangan dijual, sebaliknya binalah rumah untuk anak-anak dan cucu-cucu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Tanah Generasi Kedua Felda Bukit Aping Barat, di sini hari ini.

Terdahulu, Rasman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili menyampaikan geran berkenaan kepada 323 penerima dari Felda Aping Barat, manakala 289 penerima lagi dari Felda Aping Timur.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya pada masa sama turut berharap agar peneroka yang menetap di kawasan Felda lain di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili untuk bersabar menunggu giliran mereka bagi mendapatkan geran masing-masing.

“Untuk Felda-Felda lain dalam kawasan DUN Sedili harap bersabar, kita sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk menyampaikan geran hak milik lot tanah masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, Rasman turut memberitahu pihaknya akan menggerakkan jentera bagi membantu masyarakat dalam kawasan berkenaan yang terjejas akibat bencana banjir dan Covid-19 ketika ini.

“Saya berharap semua pihak terlibat akan bersabar menghadapi dugaan ini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu pihak memerlukan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya