Enjin rosak, kapal M.V Setia Kilas karam di muara Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Enjin rosak, kapal M.V Setia Kilas karam di muara Kuala Terengganu

KAPAL pelantar minyak, M.V Setia Kilas karam di muara Kuala Terengganu hari ini akibat kerosakan enjin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kapal pelantar minyak, M.V Setia Kilas yang dalam ujian jentera di laut, karam di muara Kuala Terengganu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kapal berukuran 40.38 meter panjang dan 7.8 meter lebar tersebut dikatakan tenggelam selepas dilaporkan mengalami kerosakan enjin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kejadian itu menyebabkan kapal yang membawa tujuh kru bersama tiga kontraktor tersebut hanyut sebelum merempuh pemecah ombak.

Katanya, sebelum kejadian kapal tersebut difahamkan baharu selesai menjalani ujian jentera kira-kira pukul 11 pagi dan dalam perjalanan masuk semula ke muara.

“Bot Penggalang 17 ditugaskan ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua kru serta penumpang selamat dengan terjun ke atas daratan berhampiran mereka.

“Bagaimanapun kapal tersebut tidak dapat diselamatkan dan karam di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kecemasan membabitkan kapal itu daripada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (pusat operasi) Maritim Terengganu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya