Empat sekeluarga warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen - Utusan Malaysia

Empat sekeluarga warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen

ANTARA premis yang diperiksa dalam serbuan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di pekan Gemencheh, Tampin, semalam.- Gambar Ihsan Jabatan Imigresen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Empat sekeluarga warga asing termasuk dua orang kanak-kanak ditangkap Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu serbuan di premis perniagaan di pekan Gemencheh, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan membabitkan lima buah premis menjual perabot dan pakaian yang bermula pukul 9.15 pagi hingga 1 petang itu, seramai 19 individu diperiksa membabitkan sembilan orang pekerja tempatan dan 10 warga asing.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, operasi berkenaan dijalankan berdasarkan aduan awam dan hasil risikan pihaknya.

“Kesemua empat orang yang ditahan terdiri daripada sepasang suami isteri berusia 20-an warganegara Pakisan serta dua kanak-kanak perempuan yang merupakan anak pasangan berkenaan berusia setahun dan empat tahun.

“Pekerja asing lain yang diperiksa dalam serbuan ini telah dibebaskan dan dilepaskan susulan mempunyai pas yang sah untuk bekerja dan tinggal di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ai Kiang berkata, warga asing yang ditahan berkenaan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal lebih masa ke atas pas yang diberikan.

Menurutnya, kesemua tahanan telah di bawa ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

“Setelah keputusan ujian mendapati semua tahanan negatif mereka akan di bawa dan di tempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Seremban untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Selain itu, dalam serbuan ini juga seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pengurus dan penyelia premis tersebut telah dikenakan notis untuk hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya