Empat pejabat Exco Terengganu ditutup hingga 30 Januari - Utusan Malaysia

Empat pejabat Exco Terengganu ditutup hingga 30 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Empat pejabat Exco negeri ini di Wisma Darul Iman di sini ditutup selama 14 hari berikutan terdapat lima kes disahkan positif Covid-19. 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan sementara di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu berkuatkuasa semalam hingga 30 Januari ini bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan. 

Katanya, pejabat yang terlibat ialah Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar di samping Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

“Penutupan itu perlu dilakukan kerana terdapat lima kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Azimi berkata, hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan hasil bergaul rapat dengan pekerja di pejabat-pejabat  empat Exco itu. 

Katanya, penutupan sementara itu dijalankan mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya