Elak anjing, wanita maut dua kereta bertembung - Utusan Malaysia

Elak anjing, wanita maut dua kereta bertembung

KEADAAN kemalangan membabitkan dua buah kereta yang meragut nyawa seorang wanita dalam kejadian di Kilometer 19 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Gara-gara mengelak anjing, wanita maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kilometer 19 Jalan Bahau-Kemayan dekat sini kira-kira pukul 8.11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nor Asmah Ja’afar, 55, beralamat di Felda Lui Selatan 2, Bandar Seri Jempol dekat sini.

Jelasnya, kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh mangsa dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lagi wanita berusia 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu Toyata Vios dari arah Air Hitam menghala ke Kemayan, semasa sampai ditempat kejadian, tiba-tiba terdapat seekor anjing berada di atas laluan tersebut. Pemandu Toyota Vios telah mengelak dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta Proton Wira tersebut.

Akibat daripada pertembungan tersebut, pemandu Toyata Vios mengalami kecederaan di bahagian perut manakala Nor Asmah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chang Kook, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen  41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya