DUN Kota Anggerik tawar RM50 jalani ujian RTK Covid-19 

DUN Kota Anggerik tawar RM50 jalani ujian RTK Covid-19 

POSTER ujian saringan Covid-19 pada kadar harga RM50 ditawarkan oleh Mohd. Najwan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Susulan peningkatan berterusan kes positif Covid-19 di Selangor, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mengambil inisiatif dengan mengadakan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) dengan kadar harga RM50 sahaja.

Ujian saringan tersebut akan bermula esok dan diadakan di Klinik Selcare Shah Alam, Seksyen 13.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi berkata, ujian saringan itu adalah dengan kerjasama Selgate Corporation dan khusus untuk pengundi kawasan tersebut.

“Ini adalah salah satu inisiatif dalam meringankan beban rakyat dan sekaligus mencegah penularan Covid-19. Pengundi hanya perlu mendaftar di pautan disediakan sebelum datang menjalani ujian saringan.

“DUN Kota Anggerik mempunyai 52,000 pengundi dan setakat ini, kita telah menerima sebanyak 83 pendaftaran dalam tempoh sehari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mohd. Najwan, pihaknya turut menerima pendaftaran daripada DUN lain yang turut memohon untuk menjalani ujian saringan.

“Kita mensasarkan kira-kira 500 individu akan mendaftar dalam tempoh dua minggu dan akan mempertimbangkan pendaftaran luar dari DUN Kota Anggerik.

“Keutamaan permohonan diberikan kepada pengundi DUN Kota Anggerik namun ia bergantung kepada faktor keperluan setiap individu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya