Dua wanita ditahan terlibat kegiatan ah long - Utusan Malaysia

Dua wanita ditahan terlibat kegiatan ah long

SEBANYAK 236 buah telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di premis disyaki memberi pinjaman wang tanpa lesen di beberapa lokasi di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua wanita warga tempatan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long menerusi serbuan berasingan yang dibuat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, suspek yang berusia 28 dan 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurutnya, mereka ditahan menerusi Op Vulture yang dibuat di beberapa lokasi di Bukit Indah, Gelang Patah dan Ulu Tiram, dekat sini.

“Dalam serbuan ke atas sebuah kondominium di Bukit Indah, polis merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan sindiket termasuk tiga buah komputer dan 236 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan pusat panggilan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

“Kedua-dua wanita berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

“Sehubungan itu, polis menyeru agar orang ramai mengelak daripada meminjam wang dengan ah long sebaliknya melakukan pinjaman dengan institusi kewangan yang berdaftar,” ujarnya lanjut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya