Dua lelaki Kemboja diberkas curi hasil hutan - Utusan Malaysia

Dua lelaki Kemboja diberkas curi hasil hutan

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan dua lelaki warga Kemboja di Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggagalkan cubaan mencuri hasil hutan yang didalangi dua lelaki warga Kemboja di Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang, Ahad lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, dua suspek berusia 55 dan 57 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari dalam Op Bersepadu Khazanah.

“Kita turut merampas kuku dan gigi binatang liar selain kayu gaharu berserta peralatan mengambil kayu gaharu yang dianggarkan bernilai RM5,000.

“Kita percaya suspek telah aktif dalam kegiatan haram ini sejak dua tahun lalu dengan memasarkan hasil jenayahnya itu ke luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Abdul Kadir, suspek telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dalam kegiatan penyeludupan hidupan liar atau sebarang aktiviti berkaitan bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan.

“Perhilitan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti kastam dan polis dalam usaha melindungi spesies terancam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya