Dua buruh binaan warga asing maut kemalangan - Utusan Malaysia

Dua buruh binaan warga asing maut kemalangan

KENDERAAN Perodua Alza yang dinaiki lapan buruh binaan warga asing remuk selepas terlanggar lopak di Kilometer 420.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Telemong, di Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Dua buruh binaan warga asing maut manakala enam lagi cedera selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabas di Kilometer 420.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Telemong di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu, Satal Singh, 31, warga Nepal, di samping penumpang hadapan, Mohammad Anirud, 32, dari India, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, enam lagi penumpang lain yang berasal dari India dan Pakistan hanya mengalami kecederaan ringan termasuk luka pada kepala.

Katanya, kenderaan dinaiki kesemua lelaki berusia 23 hingga 41 tahun dari arah Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu itu dipercayai hilang kawalan akibat terlanggar lopak air.

“Kejadian menyebabkan kereta itu terbabas ke kiri jalan dan dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Mohd. Adli, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya