Donald Trump tidak guna darurat untuk kekal jawatan - Utusan Malaysia

Donald Trump tidak guna darurat untuk kekal jawatan

HASSAN KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seorang Perdana Menteri tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahggunakan kuasa dimiliki untuk mengisytiharkan darurat dan secara tidak langsung menggantung Parlimen bagi kepentingan dirinya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri atau Presiden dengan menggunakan Covid-19 sebagai alasan.

Menjadikan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai contoh, Hassan memberitahu Trump sendiri tidak pernah menggunakan perintah darurat untuk menjaga kedudukan jawatannya.

“Seburuk-buruk Trump yang suka bermain Twitter sebagai Presiden sebuah kuasa dunia sehingga akaun Twitternya diharamkan, Trump tidak mengganggu Parlimen AS untuk bersidang. 

“Dia tidak campur tangan hal ehwal operasi Parlimen di negara itu walaupun dia tahu Dewan Rakyatnya akan memecat beliau. Trump tidak buat seperti sesetengah negara republik pisang di Afrika yang akan menggantung Parlimen apabila satu demi satu ahli Parlimen blok kerajaan menarik diri daripada menyokongnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor turut memberitahu, Presiden AS Ke-45 itu tidak memilih untuk mengisytiharkan darurat walaupun terdapat beberapa ahli Kabinet yang meletakkan jawatan sebagai tanda tidak percaya kepimpinannya.

Pada 12 Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan perintah darurat berkuat kuasa di seluruh negara mulai 11 Januari hingga 1 Ogos ekoran pandemik Covid-19.

Pengisytiharan darurat itu bagaimanapun mendapat tentangan beberapa Ahli Parlimen kerana ianya turut melibatkan penggantungan Parlimen dan juga tiada Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan sepanjang tempoh tersebut.

Hassan berkata lagi, Trump masih menghormati Perlembagaan AS termasuk tidak mengambil tindakan terhadap Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi apabila wanita berkenaan memanggil sidang khas Parlimen untuk memecatnya sebagai Presiden.

“Dalam keadaan sedemikian Trump tidak pula menjatuhkan Speaker Parlimen dan menggantikan dengan Speaker baharu lantikannya secara paksa tanpa proses mengundi dan demokrasi,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya