Diskaun khas bil elektrik 10 peratus untuk 6 sektor perniagaan - Utusan Malaysia

Diskaun khas bil elektrik 10 peratus untuk 6 sektor perniagaan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun  khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac  ini kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara meliputi  pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah,  pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan  pelancongan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,  ia merupakan antara inisiatif di bawah pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia (Permai).

Menurut beliau, rebat elektrik turut diberikan kepada semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB), domestik dan bukan domestik, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per  jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi  tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun ini. 

“Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan akan memperkenalkan  Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dengan menyediakan 50 peratus  jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas  persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

“Dengan itu,  pengusaha bas dan teksi dapat menstruktur semula pinjaman mereka  serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik  bulanan yang lebih rendah dengan jaminan sebanyak RM1 bilion akan  disediakan untuk tujuan ini,”  katanya dalam perutusan Pakej Bantuan Khas, hari ini.  

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi  Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 2020 akan ditambah baik.

Kata beliau, pada tahun lalu, Akta 829 itu telah  digubal untuk membantu individu dan perniagaan yang terkesan dari  aspek ekonomi akibat wabak itu berkuat kuasa mulai  23 Oktober tahun lalu. 

Beliau menjelaskan, tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi  kontraktual telah tamat pada 31 Disember tahun lalu. 

“Justeru, melihat kepada situasi semasa dan selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan  bersetuju melanjutkan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk  melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac ini. 

“Ini meliputi  perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan kredit untuk  memanfaatkan golongan yang terjejas seperti golongan B40, M40 dan  perusahaan mikro kerana gagal memenuhi obligasi kontrak mereka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya