Darurat: Khairuddin saman Muhyiddin - Utusan Malaysia

Darurat: Khairuddin saman Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mendakwa bahawa pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) 12 Januari lalu adalah tidak sah dan tidak berpelembagaan.

Ia kerana proklamasi tersebut dibuat atas nasihat salah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah hilang sokongan majoriti dan kepercayaan ahli-ahli Parlimen.

Sehubungan itu, bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu telah memfailkan saman pemula berhubung perkara berkenaan dan memohon Mahkamah Tinggi di sini untuk memutuskan empat persoalan berkaitan dengan pengisytiharan itu.

Saman yang menamakan Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique.

Empat persoalan yang ditimbulkan dalam saman tersebut ialah:

1.a) Sama ada nasihat seorang Perdana Menteri yang telah kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat mencadangkan kepada YDPA bagi pengisytiharan Proklamasi Darurat adalah tidak                      sah dan tidak berperlembagaan,

1.b) Sama ada nasihat yang diberikan dibuat secara `in fraudem legis’ (mencabul kedaulatan undang-undang) bagi terus kekal sebagai Perdana Menteri,

1.c) Sama ada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mencadangkan pengisytiharan Proklamasi Darurat adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan, 

1.d) Sama ada penggantungan sidang Parlimen sehingga 1 Ogos oleh seorang Perdana Menteri yang telah hilang kepercayaan majoriti adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Menurut afidavit sokongan Mohd. Khairuddin, selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi,  Datuk Liew Vui Keong dan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, Muhyiddin memerlukan majoriti sebanyak 111 kerusi untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun pada 9 Januari lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyebabkan Muhyiddin kepercayaan majoriti untuk terus menjawat jawatan tersebut.

“Saya dengan rendah dirinya mengikrarkan bahawa pada setiap masa yang material semasa Defendan Pertama memberikan nasihatnya kepada Yang Di-Pertuan Agong, ianya adalah untuk tujuan mendapatkan Proklamasi Darurat hanya semata-mata untuk kelangsungan politik beliau sahaja iaitu untuk terus kekal memegang jawatan Perdana Menteri,” ujar afidavit tersebut. 

Tambahnya, tindakan Muhyiddin untuk mengadap YDAP selepas kehilangan majoriti tersebut adalah salah dan beliau tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk menasihati YDPA bagi mengisytiharkan Proklamasi Darurat tersebut. 

Sementara itu, Mohd. Khairuddin dalam satu kenyataan media menyatakan tindakan beliau memfailkan saman pemula itu tindak mempunyai sebarang kaitan dengan YDPA sebaliknya beliau mempersoalkan kesahihan tindakan seorang Perdana Menteri yang didakwa telah hilang sokongan majoriti. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya