Darurat: Kerajaan kekal fokus usaha pulihkan ekonomi - Utusan Malaysia

Darurat: Kerajaan kekal fokus usaha pulihkan ekonomi

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DPUTRAJAYA: Biarpun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos ini, jentera pentadbiran negara tidak akan terjejas.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, segala operasi dalam sektor awam dan swasta merangkumi aktiviti ekonomi, industri serta rantaiannya berjalan seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, perkara itu akan menjamin kestabilan negara dan membolehkan kerajaan kekal fokus kepada usaha memulihkan ekonomi serta memastikan kehidupan rakyat yang makmur dan sejahtera.

“Situasi ini adalah berbeza dengan Proklamasi Darurat pada 1969 yang disebabkan oleh ancaman keselamatan dan menyebabkan pengawalan ketat anggota keselamatan negara bagi menangani keadaan tegang ketika itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Zuki berkata, pihaknya memberi jaminan anggota perkhidmatan awam akan terus memberikan komitmen dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan undang-undang dan dasar kerajaan yang diputuskan dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya