ALOR SETAR: Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, di sini ditutup bermula 31 Januari 2021 hingga 2 Februari depan.
Penutupan itu dipercayai berpunca daripada penularan Covid-19 melibatkan pegawai serta kakitangan yang bertugas di pusat pentadbiran negeri itu.
Selain Pejabat Menteri Besar, terdapat dua lagi pejabat yang ditutup di Wisma Darul Aman iaitu Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Kedah serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).
Bagaimanapun, penutupan kedua-dua pejabat itu berkuat kuasa hari ini hingga 6 Februari depan.
Laman Facebook rasmi kerajaan negeri dalam satu kenyataan menjelaskan, langkah penutupan pejabat itu merupakan satu inisiatif bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
“Sebarang aduan atau maklumat hendak disalurkan kepada JITU boleh dibuat melalui e-mail [email protected].
“LSANK pula boleh dihubungi menerusi e-mail [email protected] serta laman Facebook rasminya,” katanya. – UTUSAN