Covid-19: 27 kluster masih belum diisytihar tamat di NS - Utusan Malaysia

Covid-19: 27 kluster masih belum diisytihar tamat di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 27 kluster Covid-19 yang masih belum diisytiharkan tamat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, malah sehingga pukul 12 tengah hari tadi, terdapat pertambahan kes bagi empat kluster iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Ceram, Kluster Tasik Utama dan Kluster Jalan Rasah.

Bagi Kluster Penjara Jalan Harapan terdapat penambahan 298 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 906 kes dan Kluster Ceram terdapat penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 891 kes.

“Kluster Tasik Utama pula mempunyai penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 60 kes dan Kluster Jalan Rasah terdapat penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 42 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya,terdapat 351 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 8,863 kes.

“Bagi pecahan kes baharu harian mengikut daerah pula, daerah Jelebu sebanyak 291 kes, Seremban 52 kes, Port Dickson (enam kes) dan Rembau sebanyak dua kes,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya