Chicken chop tiga set RM10 dua beradik laris - Utusan Malaysia

Chicken chop tiga set RM10 dua beradik laris

NOR NADIA Mohamad (kanan) dan kakaknya, Nurul Asyikin menunjukkan chicken chop yang dijual di gerainya pada harga RM10 untuk tiga set di Kampung Teluk Menara, Kuala Terengganu hari ini.-UTUSAN/NORADILA MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Inisiatif dua beradik dari Kampung Teluk Menara di sini menjual tiga set chicken chop pada harga mampu milik serendah RM10 membolehkan kira-kira 200 set hidangan barat itu laris di gerainya setiap hari.

Nor Nadia Mohamad, 33, yang mengusahakan perniagaan itu bersama kakaknya, Nurul Asyikin, 38, sejak Julai tahun lalu terpanggil untuk menawarkan harga murah kepada pelanggan sebagai salah satu amal jariah mereka dalam membantu orang ramai yang berdepan cabaran kewangan semasa pandemik Covid-19.

Menurut Nor Nadia, sebelum ini gerai mereka yang terletak di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Menara itu pernah tular kerana menjual mi/mihun sup dan colek pada harga RM2.

Katanya, bermula Disember lalu, menu baharu ala barat iaitu chicken chop dan bebola daging diperkenalkan kepada pelanggan berharga RM10 untuk tiga set di samping burger RM2

“Pada mulanya ramai yang terkejut dan tidak percaya dengan harga chicken chop itu kerana terlalu murah.

“Kami tidak mencari untung besar dan harapan kami agar semua peringkat umur terutama mereka yang kurang berkemampuan serta mempunyai ramai anak dapat menikmati makanan barat yang harganya mahal di luar sana,” katanya ketika ditemui pemberita di gerainya hari ini.

Nor Nadia berkata, minat berniaga itu tercetus daripada datuk mereka yang juga merupakan seorang peniaga, malah mereka juga suka melihat orang ramai datang makan masakan yang dimasak.

Katanya, sebelum ini mereka sudah berniaga di merata tempat, namun akhirnya memutuskan untuk berniaga di kampung halaman bagi berkongsi rezeki dengan penduduk setempat.

Menurutnya, pelbagai lagi menu lain yang akan dijual dengan harga serendah RM2 di gerai yang beroperasi bermula pukul 3 petang hingga 9 malam itu, bagaimana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tumpuan mereka hanya pada menu sedia ada. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya