Bicara saman Ali Puteh, Aliff Syukri dan kakak ipar Februari ini

Bicara saman Ali Puteh, Aliff Syukri dan kakak ipar Februari ini

ALI PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes saman Ali Puteh terhadap usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 dan 17 Februari ini.

Menurut peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, pada tarikh sama, mahkamah akan turut mendengar kes saman isteri kepada Allahyarham Abam Bocey itu terhadap adik iparnya itu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Zulqarnain Hassan pada prosiding pengurusan kes secara atas talian hari ini yang turut disertai peguam Hasshahari Johari Mawi yang yang mewakili Aliff Syukri dan peguam Fathin Nadhira Kamarudin yang mewakili Siti Norhidayah.

ALIFF SYUKRI

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Norhidayah, 29, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 32, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Ali Puteh bersama, bapanya, Syed Mohd. Ridzuan Syed Hassan, 65; ibunya, Sabariah Arshad, 63; dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd. Ridzuan, 42, pada Julai tahun lalu memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Norhidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun Youtube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Sehubungan itu, Ahli Puteh dan keluarganya memohon satu perintah menghalang Aliff Syukri dan Siti Norhidayah daripada mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.

Mereka juga memohon agar kedua-dua individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dan memadamkan video temubual yang berbaur fitnah tersebut di kesemua media sosial milik Aliff Syukri.

Turut dimohon ialah ganti rugi am, teruk dan teladan yang akan ditaksirkan kemudian oleh Mahkamah serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya