Berbeza pandangan jangan sampai parti rosak - Utusan Malaysia

Berbeza pandangan jangan sampai parti rosak

pru15
SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu memberi fokus memperkukuhkan parti demi mengembalikan semula kekuatan seperti dahulu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, apa sahaja tindakan perlu dipastikan boleh menguntungkan dan memberikan kebaikan kepada parti.

Beliau menjelaskan, semua pihak boleh berbeza pandangan dan konsep keterbukaan sememangnya amalan parti.

Bagaimanapun, katanya, keterbukaan itu tidak ada makna jika merosakkan parti.

“Oleh itu kebebasan bercakap tidak bermaksud kita boleh berkata apa saja hingga memberi kesan negatif pada parti.

“Pastikan apa saja yang dilakukan menguntung dan memberikan kebaikan pada UMNO BN,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi BN berkata, usaha untuk mengembalikan kekuatan parti hanya boleh dilakukan dengan syarat semua pemimpin dan ahli UMNO BN mesti bersepakat, jaga perpaduan dan fokus memperkukuhkan parti.

Katanya, kepentingan parti perlu diletakkan sebagai keutamaan dan memberikan tumpuan membela dan menjaga kepentingan rakyat.

“Dekatkan parti dan diri kita sebagai pemimpin dengan rakyat. Bila kita dekati rakyat, rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan di semua peringkat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN