Bekas MB Terengganu, isteri dibenar keluar hospital - Utusan Malaysia

Bekas MB Terengganu, isteri dibenar keluar hospital

AHMAD Said bersama isteri, Norliza Mahmud dibenarkan keluar dari HSNZ selepas disahkan pulih daripada Covid-19 di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said dibenarkan keluar hospital hari ini selepas disahkan sembuh daripada Covid-19.

Beliau yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu dibenarkan pulang kira-kira pukul 6.30 petang.

Turut dibenarkan keluar hospital, isterinya, Toh Puah Seri Norliza Mahmud. 

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar dan isterinya dimasukkan ke HSNZ pada 19 Januari lalu selepas disahkan positif Covid-19. 

Semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menerusi hantaran di Facebook, berkongsi mengenai tahap kesihatannya dan keluarga yang mulai pulih daripada pandemik.

Katanya, tiada lagi gejala Covid-19 yang membuatkannya mengalami masalah kurang deria rasa dan bau di samping batuk.

“Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga HSNZ yang memberi rawatan terbaik kepada saya serta keluarga. 

“Kepada sahabat media sosial dan semua pihak yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga, setinggi penghargaan dan terima kasih,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN