BBP Chukai turut dinaiki air  - Utusan Malaysia

BBP Chukai turut dinaiki air 

HANAFIAH Mat (empat, kanan) bersama Roslee Chik (empat, kiri) sebelum membuat tinjauan keadaan banjir melalui udara di Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Chukai Utama yang merupakan pusat bandar di daerah ini lazimnya sibuk dengan aktiviti perniagaan, namun, hari ini suasana di kawasan itu bertukar sunyi selepas laluan utamanya dinaiki air sejak semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan premis menutup operasi perniagaan mereka berikutan banjir.

Turut terjejas dalam kejadian itu ialah kawasan perumahan berdekatan di samping Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai yang dinaiki air separas 0.4 meter.

Bagaimanapun, Ketua BBP Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, buat masa ini air tidak merebak ke dalam balai dan hanya memenuhi pekarangan padang kawat. 

Katanya, semua jentera, aset dan dokumen pejabat dalam keadaan selamat.

“Kita sudah mengalihkan kesemua barangan itu terlebih dahulu,” katanya di sini. 

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat tidak menolak kemungkinan lebih banyak pemindahan akan berlaku susulan jangkaan air yang terus menaik di kawasan tersebut berikutan limpahan dari bahagian hulu.

Katanya, antara kawasan yang berisiko terjejas ialah di Kampung Mak Chili, Taman Desa Solehah dan Banggol Permai berikutan paras air di Paman ketika ini adalah kira-kira 6.62 meter berbanding paras normal 3.8 meter.

“Air itu akan mengalir turun ke kawasan Chukai dan kita juga menjangkakan kira-kira 1,000 lagi mangsa banjir akan dipindahkan hari ini,” katanya selepas membuat tinjauan keadaan banjir melalui udara bersama Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya