Batal HSR: Berhenti kelirukan rakyat - Utusan Malaysia

Batal HSR: Berhenti kelirukan rakyat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan perlu memberikan penjelasan dalam setiap percanggahan kenyataan berhubung keputusan pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) baru-baru ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rakyat tidak boleh dikelirukan menerusi percanggahan pendapat terutama berkaitan sebab pembatalan projek itu diputuskan Malaysia dan Singapura.

Jelas beliau, penjelasan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung di Parlimen Singapura semalam ternyata bercanggah dengan penjelasan yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Mustapa pada 1 Januari lalu mengatakan projek tersebut tidak lagi berdaya maju untuk dilaksanakan kerana impak pandemik Covid-19.

“Kurang dua bulan lalu, kerajaan Persekutuan sangat bersungguh-sungguh ingin meneruskan projek mega ini yang dijangka dapat menjana kesan pengganda yang positif terhadap ekonomi negara dalam pernyataan Belanjawan 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Malaysia dan Singapura baru-baru ini memutuskan HSR dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir 31 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya