Barangan keperluan di Terengganu cukup - Utusan Malaysia

Barangan keperluan di Terengganu cukup

PEGAWAI KPDNHEP Terengganu melakukan tinjauan di beberapa pasar raya utama di Terengganu hari ini dan tiada situasi pembelian panik dalam kalangan masyarakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekalan barangan keperluan harian di negeri ini dijamin mencukupi dan mampu menampung keperluan semasa.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, walau apa jua keputusan yang bakal diumumkan kerajaan, orang ramai disaran membeli barangan mengikut keperluan dan tidak menyimpan stok berlebihan di rumah.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan pembaziran disebabkan tarikh luput sesuatu barangan yang dibeli tanpa penelitian. 

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu dengan kekuatan anggota seramai 117 pegawai penguat kuasa dan 59 pegawai pemantau harga sentiasa menjalankan pemantauan di samping penguatkuasaan rapi sepanjang masa bagi memastikan keberadaan dan kestabilan harga barangan keperluan harian di pasaran.

“Tinjauan di beberapa pasar raya utama dan pasar awam di sini mendapati aktiviti pembelian berjalan lancar tanpa ada situasi pembelian panik dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Esok, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan mengambil kira situasi semasa penularan jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, Saharuddin berkata, sejumlah 160 peruncit daerah terpilih (DDR) dan 74 pemborong daerah terpilih (DDW) telah dilantik di seluruh negeri sebagai pusat bekalan barangan keperluan asas. 

Katanya, pelantikan itu membolehkan DDR dan DDW untuk menyimpan barang kawalan berjadual melebihi 30 peratus daripada had simpanan dalam lesen bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas sepanjang tempoh  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan musim banjir.

“Di samping itu, kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang disediakan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya