Simpan barangan antik, vintaj dan klasik 'buat duit'

Barang lama ‘buat duit’

PERALATAN muzik klasik antara barangan lama yang dimiliki Kamarudin Abdullah ketika ditemui di Batu 26 Pekan Nanas, Pontian, Johor. – FOTO/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bermula hanya sebagai hobi untuk mengumpul barang-barang lama sejak 14 tahun lalu sebelum bertukar menjadi perniagaan apabila mendapat permintaan tinggi daripada peminat barangan antik, vintaj dan klasik.

Kamarudin Abdullah, 50, ber­­kata, jualan pertamanya ia­itu set kopi Geisha yang mengan­dungi teko, enam cawan, enam piring kuih dan tempat meletak susu pada harga RM350 adalah permulaaan kepadanya untuk serius dalam bidang itu.

Berkongsi kepada Mingguan Malaysia, ujarnya, set sama yang paling mahal pernah dijualnya adalah berharga RM3,600 kepada pembeli dari Kuala Lumpur yang meminati peralatan berwarna biru diraja dan bermotifkan corak naga itu.

“Minat saya mengumpul barangan atau koleksi lama bermula sejak bangku sekolah lagi dengan mengumpul setem pada tahun 1980 ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas.

“Sejak itu minat diteruskan dengan membeli barangan se­perti perabot, jam lama, radio antik, barangan tembaga, almari solek, dulang tembaga hantaran majlis peminangan dan sebagainya” ujarnya ketika ditemui dirumahnya di Batu 26, Pekan Nanas, di sini hari ini.

Kata Kamarudin, dia turut memiliki set almari solek baba dan nyonya Melaka yang dianggarkan berharga RM5,000 selain Grand Father Clock bernilai RM3,000, teko Aladdin yang mencecah RM500 serta jam dinding tahun 1960 yang berharga RM400.

Bagaimanapun seperti juga peniaga lain yang berdepan pasang surut, perniagaan barangan antik Kamarudin turut terjejas sejak Covid-19 melanda terutamanya ketika orang ramai tidak dibenarkan merentas ne­geri dan daerah sebelum ini.

Katanya, pendapatanya me­rosot teruk kepada hanya RM1,000 sebulan berbanding RM4,000 sebelum larangan tersebut dikuatkuasakan kerana peminat dan pembeli tidak dapat berkunjung melihat koleksi yang ditawarkan.

“Tetapi biarpun berdepan dengan Covid-19, saya akan meneruskan perniagaan ini kerana tidak ramai peniaga se­perti saya ketika ini di samping permintaan daripada pembeli yang sentiasa ada pada setiap masa.

“Misalnya, pada November dan Disember lalu, permintaan terhadap tempayan yang bermotifkan naga mendapat sam­butan baik daripada pelanggan yang dijual dengan harga RM18 hingga RM400 seunit,” kata­nya.

Justeru itu, bagi meluaskan pasaran barangan antiknya, Ka­marudin telah membuka pusat jualan di Bandar Baru Bangi, Selangor untuk memudahkan orang ramai mendapatkan barangan yang diminati tanpa perlu berkunjung ke Selatan.

“Saya juga menggandakan penggunaan media sosial termasuk Facebook dan Market Place sebagai satu gerbang jualan barang-barang lama dan klasik selain berperanan menjadi penghubung antara kami dengan pembeli dari seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya