Bapa terpaksa curi susu untuk anak selepas hilang kerja - Utusan Malaysia

Bapa terpaksa curi susu untuk anak selepas hilang kerja

NOR Hasrul Akhmal Ngadiman (tengah) menziarahi pemuda yang terpaksa mencuri susu untuk diberi kepada dua anaknya di kediamannya di Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tekanan hidup dialami seorang bapa selepas kehilangan pekerjaan menyebabkan dia bertindak mencuri susu di sebuah kedai, di sini untuk diberikan kepada dua anaknya.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Tenggara, Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu dari pentadbir Facebook Orang Kota Tinggi sebelum ke rumah lelaki berkenaan membawa sumbangan berupa barang keperluan termasuk susu dan lampin pakai buang.

Menurutnya, beliau difahamkan pemuda berusia 22 tahun itu dilepaskan oleh orang ramai dan pemilik kedai selepas mengetahui masalah dialami lelaki berkenaan.

“Kehadiran kami ke rumahnya untuk membantu pemuda itu dan bila kami ke kediamannya kami mendapati pemuda ini memiliki anak berusia enam bulan dan dua tahun.

“Dia memaklumkan diberhentikan kerja selepas lama bercuti kerana tangannya patah. Usaha mencari pekerjaan baru tidak berjaya dalam masa sama anak-anaknya yang masih kecil dan menyusu serta kehabisan stok menyebabkan dia nekad mencuri sebungkus susu,” katanya.

Nor Hasrul berkata, beliau yang hadir bersama wakil Ahli Parlimen Tenggara turut membawa sumbangan dari Pemuda UMNO Kota Tinggi bagi membantu pemuda berkenaan.

Jelasnya, pemuda itu turut dibantu dengan tawaran kerja agar dia dapat menjana pendapatan untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

“Kami turut menawarkan peluang kerja kepada pemuda ini dengan gaji sebanyak RM100 sehari sebagai kontraktor binaan membantu kerja-kerja kontrak. Semoga usaha ini dapat membantu pemuda tersebut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya