Bapa bimbang keselamatan anak hilang sejak Isnin lalu

Bapa bimbang keselamatan anak hilang sejak Isnin lalu

BAHARUDIN Abdul Rahman menunjukkan gambar anaknya, Muhammad Haikal Baharudin, 12, yang hilang sejak awal pagi Isnin lalu ketika ditemui Utusan Malaysia di Medan Selera Taman Seri Mawar, Senawang, Seremban hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bapa bimbang dengan keadaan keselamatan anaknya yang kini hilang sejak awal pagi Isnin lalu.

Baharudin Abdul Rahman, 56, berkata, dia mengakui ada memarahi anaknya, Muhammad Haikal Baharudin, 12, pada awal pagi Isnin lalu namun tidak menyangka anaknya melarikan diri dan terus hilang sehingga ke hari ini.

“Saya memarahi anak sulung saya itu kerana mahu mengikut saya ke tandas kira-kira pukul 12 tengah malam. Selepas saya marah dia terus lari dan tidak sangka dia terus menghilangkan diri.

“Itulah kali terakhir saya nampak dia. Sudah macam-macam usaha saya untuk mencarinya di sekitar Senawang tetapi masih gagal untuk jumpa dia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Medan Selera Taman Seri Mawar, Senawang dekat sini hari ini.

Menurut Baharuddin, dia sangat susah hati tentang kehilangan anaknya itu dan kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku.

“Kali pertama dia hilang tahun lepas kerana saya tidak beri dia main telefon. Kemudian dalam tempoh 24 jam sudah ada orang jumpa dia tidur tepi jalan,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan hebahan pencarian melalui Nur Alert memaklumkan kali terakhir kanak- kanak itu dilihat memakai baju corak belang merah hitam dan berseluar sukan warna biru gelap.

Ciri-ciri fizikal kanak-kanak itu digambarkan berketinggian kira-kira 127 sentimeter, berat badan 30 kilogram, warna kulit hitam manis.

Kanak-kanak itu juga berbadan gempal, mata berwarna hitam dan rambut pendek berwarna hitam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya