Bantuan CSR RM250,000 TNB untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor - Utusan Malaysia

Bantuan CSR RM250,000 TNB untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor

MAHDZIR Khalid menyampaikan replika cek bantuan berjumlah RM250,000 oleh Tenaga Nasional Berhad kepada Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Kota Iskandar, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Johor mendapat perhatian Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan bantuan berjumlah RM250,000 menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Bantuan untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu disampaikan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Kota Iskandar, Johor Bahru hari ini.

Selain menyampaikan bantuan banjir, Mahdzir turut menyerahkan wang zakat perniagaan TNB berjumlah lebih RM2.1 juta kepada kerajaan Johor.

Cek diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin dan Pengurus Besar Bahagian Strategi dan Kawal Selia TNB Johor, Mohamed Noh Seth.

Sebelum itu, Mahdzir melakukan kunjungan hormat ke atas Hasni dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar Johor itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya