Bantuan bakul makanan legakan 200 keluarga asnaf - Utusan Malaysia

Bantuan bakul makanan legakan 200 keluarga asnaf

MOHD. Syahbuddin Hashim menyerahkan bantuan makanan secara pandu lalu kepada penerima di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Galas di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan,kelmarin. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, telur, gula dan minyak masak nampak biasa sahaja, tetapi amat besar maknanya bagi golongan asnaf yang kian terhimpit sejak pandemik Covid-19 mengancam negara.

Ini terbukti apabila raut wajah kelegaan jelas terpancar di muka masing-masing selepas mereka menerima bantuan bakul makanan yang disumbangkan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (Peka GM) kelmarin .

Pengagihan bantuan kepada 200 penerima terpilih itu dibuat di hadapan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Galas di Bandar Utama, di sini menggunakan kaedah pandu sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Ia diagihkan sendiri oleh Pengerusi Peka GM merangkap ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim.

Salah seorang penerima, Hussin Salleh, 55, berkata, pendapatannya sebagai tukang rumah habis terus sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 16 Januari lalu.

Kata bapa kepada sembilan anak itu, dia kini terpaksa berjimat-cermat menggunakan semua duit simpanan yang ada bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Selepas YB (Yang Berhormat) Galas umumkan mahu memberi bantuan bakul makanan kepada rakyat yang terjejas menerusi akaun Facebook beliau, saya cepat-cepat memberi nama.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana menerima bantuan ini dan berharap agar wabak Covid-19 ini segera berlalu supaya saya dapat bekerja dan mencari rezeki semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Mohd. Syahbuddin berkata, pihaknya mengambil inisiatif bekerjasama dengan Peka GM untuk mengumpul derma daripada masyarakat sebelum menyerahkan hasil sumbangan itu kepada golongan sasar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya