Banjir memburuk di Kelantan - Utusan Malaysia

Banjir memburuk di Kelantan

IMAM Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Masjid Beijing, di Rantau Panjang, Muhsin Abdullah berdiri di hadapan pintu gerbang masjid itu yang ditenggelami banjir hari ini. -UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bah yang melanda enam jajahan di negeri ini memburuk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir kini meningkat kepada 5,161 orang daripada 1,410 keluarga.

Enam jajahan tersebut adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kota Bharu.

Sehingga pukul 5 petang ini, portal eBanjir.kelantan.gov.my merekodkan sebanyak 60 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di enam jajahan terbabit bagi menempatkan mangsa banjir.

Kuala Krai merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,809, orang diikuti Pasir Mas (1,514 orang), Tanah Merah (508 orang), Gua Musang (236 orang) dan Jeli (72 orang) dan Kota Bharu (22 orang)

Portal eBanjir juga melaporkan empat daripada lima sungai utama di negeri ini melepasi paras bahaya dengan menunjukkan  trend meningkat.

Paras air terkini Sungai Galas di Dabong adalah 38.28 meter manakala Sungai Lebir di Tualang (35.13 meter),

Sungai Kelantan di Tangga Krai pula direkodkan 27.36meter, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (18.46 meter) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraj (5.67 meter).

Sementara itu paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini mencecah 10.42 meter manakala Sungai Golok di Kuala Jambu (2.87 meter). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya