Banjir: Mangsa di Kota Tinggi meningkat kepada 2,707

Banjir: Mangsa di Kota Tinggi meningkat kepada 2,707

BANDAR Kota Tinggi, Johor lumpuh apabila ditenggelami air banjir sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini setakat pukul 8 malam tadi menunjukkan Johor Bahru menunjukkan penurunan menjunam manakala jumlah mangsa Kota Tinggi terus meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, mangsa banjir di Johor Bahru mencatatkan penurunan mendadak kepada 72 mangsa daripada 24 keluarga setakat ini.

Katanya, jumlah itu mencatatkan pengurangan ketara berbanding 208 mangsa daripada 62 keluarga pada pukul 4 petang tadi.

Tambahnya, hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang, di sini yang dibuka sejak Sabtu lalu.

“Bagi di Kota Tinggi, jumlah mangsa banjir yang direkodkan ialah 2,707 mangsa banjir daripada 680 keluarga setakat ini.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,661 daripada 665 keluarga yang direkodkan pada 4 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, daerah Kulai kini menjadi yang pertama pulih daripada bencana banjir apabila kesemua PPS di daerah itu telah ditutup Dan mangsa banjir sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, setakat jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 5524 daripada 1442 keluarga.

Tambahnya, jumlah tersebut mencatatkan penurunan berbanding 6,244 mangsa daripada 1,636 keluarga yang direkodkan pada petang tadi.

“Sehingga kini, sebanyak 23 PPS sudah ditutup di seluruh negeri ini menjadikan bilangan PPS yang masih dibuka adalah sebanyak 52 tempat sahaja,” katanya.

Sehingga kini, bencana banjir yang memasuki hari keempat menyaksikan korban banjir meningkat kepada tiga individu membabitkan dua lelaki dan seorang wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya